AKTIVITI : MENDAKI BUKIT BROGA, SEMENYIH
TARIKH : 13 OKTOBER 2012
PENGLIBATAN : GURU DAN STAF SMK DATO' SHEIKH AHMAD
ANJURAN : KELAB GURU DAN STAF SMKDSA
KRONOLOGI :
Sabtu, 13 Okt 2012.
3.30 am :
- Semua guru dan peserta program berkumpul di kawasan asrama SMK Dato' Sheikh Ahmad.
- Persiapan awal dan sedikit taklimat diadakan.
4.00 am :
- Konvoi seramai 5 buah kereta bergerak bersama-sama ke destinasi.
4.40 am :
- Kesemua peserta tiba di kaki Bukit Broga.
- Suasana masih gelap dan terdapat ramai kumpulan-kumpulan pendaki lain yang telah sampai dan memulakan pendakian.
- Persiapan akhir sebelum memulakan pendakian dibuat.
5.00 a.m :
- Pendakian bermula berbekalkan cahaya daripada "torchlight" masing-masing.
- Suasana sangat gelap dan kami terpaksa bergerak perlahan kerana laluan agak sesak dengan pendaki- pendaki lain.
5.50 am :
- Kumpulan pertama sampai ke puncak pertama Broga.
- Sementara menunggu kumpulan lain sampai, peserta menunaikan solat Subuh terlebih dahulu dengan berbekalkan air mineral sebagai air wudhu'.
6.30 :
- Kumpulan terakhir sampai ke puncak pertama Broga.
- Selepas menunaikan Solat Subuh, kami meneruskan perjalanan ke puncak kedua dan ketiga.
- Perjalanan ke puncak kedua agak lancar tetapi menghadapi sedikit kesukaran untuk ke puncak terakhir kerana laluan agak sukar, licin dan curam lebih- lebih lagi bagi yang membawa anak -anak kecil.
7.30 a.m :
- Sampai ke puncak terakhir Broga setinggi 400m dari aras laut.
- Semua peserta berkumpul untuk melepaskan lelah dan sesi bergambar beramai- ramai.
- Kesemua peserta selamat sampai ke puncak.
8.00 am :
- Hujan mulai turun dan kami terpaksa bersiap untuk turun.
-Jalan menjadi licin dan sukar akibat hujan.
9.00 am :
- Semua peserta selamat turun ke kaki Bt Broga.
- Berkumpul untuk berehat dan berbincang aktiviti seterusnya.
9.45 am :
- Bergerak ke Sg Tekala untuk aktiviti Barbeque
10.20 am :
- Mandi manda dan barbeque di Sungai Tekala.
2.00 pm :
- Bertolak pulang ke Seremban.
Kami menantikan Hari Keluarga SMK Dato' Sheikh Ahmad 2013 :)
Video montaj Hari Keluarga SMKDSA 2012 :
Fuyoo, AWESOME gila sekolah kita :')
ReplyDelete